Terletak di tebingan Sungai Sut, iaitu anak sungai kepada Sungai Baleh Kapit, Sekolah Kebangsaan Nanga Bena pada masa kini dapat didatangi dengan jalan raya yang belum berturap. Jarak jalan raya dari pekan Kapit ialah 39 km dan ianya melalui Jalan Bukit Goram dan masuk ke simpang jalan ke Rumah Juntan. Jalan raya yang dilitupi dengan batu sungai ini telah digunapakai sejak tahun 2006 dan jalan ini merupakan jalan utama yang digunapakai oleh penduduk berhampiran dan staf-staf di SK Nanga Bena.